BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

KELAS PENDIDIKAN KHAS & PENDIDIKAN INKLUSIF


Kelas pendidikan khas di SKTC dibahagikan kepada dua kelas iaitu PKBP 1 dan PKBP 2. Ianya bertujuan menempatkan murid yang mempunyai tahap pembelajaran lebih tinggi ke dalam satu kelas dan murid di tahap sederhana di kelas yang lainnya.
  Terdapat lima orang pelajar di dalam kelas PBBP 1 dan lima orang lagi di kelas PKBP 2. Manakala dua orang murid pendidikan khas SKTC iaitu Mohd Akmal Bin Mutalib dan Mohd Fakhry Bin Abdul Rahman dimasukkan ke dalam program inklusif iaitu pembelajaran bersama murid aliran perdana. Pada tahun ini, Mohd Fahkry akan menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).
  Pendidikan Inklusif merupakan program yang mengintegrasikan murid berkeperluan khas ke dalam sistem persekolahan biasa. Inklusif boleh didefinisikan sebagai proses memasukkan murid secara fizikal dan sosiologikal ke dalam kelas biasa dan diberikan pendidikan mengikut keperluan masing-masing .
  Tujuan pendidikan inklusif adalah untuk :
  1. Memberi peluang kepada murid khas untuk menerima pengajaran, pembelajaraan.
  2. Menyertai semua aktiviti bersama murid normal.
  3. Membantu murid pendidikan khas menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan dan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.
  Objektif Pendidikan Inklusif :
  1. Meningkatkan kesedaran murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga sebahagian daripada ahli masyarakat.
  1. Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas utuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.
  1. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas yang berpotensi supaya dapat meningkatkan konsep kendiri dan berkeyakinan diri mereka.

0 comments: