BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 8, 2010

SEJARAH PENUBUHAN


SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM INTERGERASI
PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEK. KEB. TAMAN CEMPAKA, 81200 TAMPOI,
JOHOR BAHRU.

  Di buka pada 4 Januari 2004. Berawal dengan 9 orang murid dan seorang guru. Sebahagian murid-murid yang mendaftar ke sekolah ini berasal dari Sek. Keb. Perumahan Tampoi 2. Sepanjang tahun, kelas ini masih menerima murid-murid dari sekolah ini yang mempunyai masalah pembelajaran.
   Guru yang menjadi perintis kelas Pendidikan Khas ini iaitu Pn. Sae’dah bt. Yasinan yang mendapat kursus khas dalam bidang ini.  Beliau telah mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan 14 minggu  Masalah Pembelajaran di Institut Perempuan Melayu Melaka pada tahun 2003. Dengan ilmu yang dipelajari di institut itu, maka pihak JPNJ meminta beliau membuka kelas Pendidikan Khas di sekolah ini.
   Ketika itu, kedudukan kelas yang terletak di tingkat satu terpaksa dibuka juga memandangkan sekolah ini tidak mempuyai kelas yang sesuai di tingkat bawah.  Pada awal Ogos 2004, kelas ini menerima seorang guru LPBS iaitu Pn. Hafilah Zatil Amali yang dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  Dari tahun ke tahun penambahan murid dan guru berlaku mengikut bilangan murid yang ada ketika itu.  Pada tahun 2007, seorang lagi guru LPBS iaitu En. Sharulnizam Bin Othman ditugaskan di SKTC. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai 15 orang murid dan 3 orang guru. Pada tahun ini juga seramai 3 orang murid telah mengambil peperiksaan UPSR, yang merupakan tahun pertama murid pendidikan khas menduduki peperiksaan ini. Tahun ini kelas pendidikan khas telah mendapat peruntukan untuk menaiktaraf kelas yang seperti sedia ada sekarang.
  Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh murid Pendidikan Khas ini sama ada di peringkat Daerah dan Negeri sepanjang tempoh 4 tahun dibuka. Penglibatan murid di dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah juga disertai oleh mereka seperti dalam sukan tahunan sekolah, hari penyampaian Hadiah , hari kanak-kanak dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak panatia pendidikan khas itu sendiri.
  Kategori murid-murid yang belajar di dalam kelas ini terdiri daripada disleksia, slow leaner, ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) dan lewat perkembangan. Mulai 2008,kelas ini mempunyai 9 orang murid dan 3 orang guru. Kurikulum yang dipelajari meliputi semua matapelajaran Pendidikan Khas.  Program transisi juga dijalankan yang meliputi pembungkusan makanan ringan (kerepek ), membuat kraf tangan dan menanam sayur-sayuran
  Pada tahun 2008, kelas pendidikan khas SKTC menerima seorang pembantu pengurusan murid iaitu Cik Nor Azizah Binti Ilias dan di dalam tahun yang sama Pn Hafilah bertukar sekolah dan berpindah ke Batu Pahat dan digantikan oleh Tn. Hj Jailani Bin Ahmad yang ditukarkan dari SKPK Princess Elizabeth ke SK Taman Cempaka pada tahun berikutnya. Sehingga kini senarai guru kelas pendidikan khas SKTC masih tidak berubah.

0 comments: